DEFINISI

Saturday, August 21, 2010



Buli boleh didefinasikan sebagai:

- Perbuatan mengasari orang yang lemah untuk menunjukkan kekuatan bagi menjadikan mereka yang lemah mematuhi mereka yang lebih kuat.

- Tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa untuk menimbulkan perasaan yang tidak selesa,aman,tenteram dan harmoni.

Siapakah yang sering di buli dan membuli?

Pembuli.

-Terdiri daripada remaja yang lebih dewasa.

- Memiliki susuk tubuh yang besar,tegap dan tinggi.

- Melibatkan sekumpulan pelajar.

- Mereka juga sering melanggar disiplin dan dikategorikan dalam golongan pelajar bermasalah .

- Melakukan perbuatan buli tanpa sebarang alasan yang khusus.

Di buli.

-Remaja yang lebih muda.

-Memiliki susuk tubuh yang lebih kecil atau terlebih berat badan.

- pelajar yang kerap di puji oleh guru.

- pelajar baru di sekolah atau kawasan perumahan.

- memiliki nama yang agak pelik atau lucu.

- bersifat pendiam dan penakut.

                                oleh: mohd nafis bin razali (203823)

JENIS-JENIS BULI.



Buli fizikal.
·         Memukul
Menggunakan tangan,kaki  atau objek secara terus  kepada mangsa yang dilakukan secara beramai-ramai.

·         Mengugut
o   Memaksa mangsa membuat sesuatu perkara seperti membasuh baju, membelikan makanan ataupun mengutip wang secara berkala.

·         Mencabul
o   Menyentuh bahagian sulit mangsa apabila mangsa enggan menurut arahan.
Buli mental.
·         Membabitkan emosi pelajar.

·         Mengejek atau mencerca

o   Bukan sahaja berlaku dalam kalangan berlainan umur tetapi juga turut berlaku dalam kalangan rakan sebaya. Diejek biasanya disebabkan kelainan pada nama, fizikal, dan rupa paras.

·         Memaki hamun
Menghamburkan kata-kata nista dan cercaan yang kesat kepada mangsa sehingga menimbulkan rasa tertekan akibat terpengaruh dengan cercaan yang dihamburkan.

·         Gangguan seksual
Menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa sehingga mengakibatkan mangsa mengalami masalah dan tekanan.


Buli siber.
Memperdayakan mangsa di alam siber dan juga menjatuhkan maruah mangsa secara terang-terangan. Mangsa juga dihina dengan kata-kata kesat yang boleh di baca oleh semua orang.
Buli jalanan.
Biasanya terdiri daripada pemandu yang tidak beretika. Mereka memandu dalam keadaan yang berbahaya dan mengganggu pemandu lain dengan membunyikan hon atau memprovok mangsa dengan menekan-nekan minyak atau menunjukkan isyarat untuk menimbulkan pergaduhan.
Buli pekerjaan.
Mangsa akan diberikan kerja yang bukan dalam bidang tugas mangsa oleh orang atasan mahupun rakan sejawat. Mangsa di minta untuk menyelesaikan kerja-kerja tersebut dengan segera walaupun mangsa masih mempunyai kerja untuk diselesaikan. Biasanya mangsa terdiri daripada pekerja-pekerja baru dan pekerja yang bersifat lurus bendul.         

Oleh : Nurul Fadilah Aziz (203917) & Yee Wee Siang (206948)

PUNCA



v Pengaruh rakan sebaya.
Terikut-ikut dengan sikap rakan dan di dorong oleh perasaan ingin mencuba. Mereka juga dipengaruhi oleh rakan bagi membuktikan semangat setiakawan.
v Pengaruh Media.
Terpengaruh dengan drama-drama dan filem-filem yang berunsur keganasan yang dapat diperolehi secara meluas tanpa sekatan.
v Pengabaian tanggungjawab.
Ibu bapa yang sibuk bekerja, kepincangan institusi rumahtangga, masalah kewangan dan lain-lain menyebabkan anak-anak mencari pengisian hidup di luar tanpa mengetahui buruk dan baik sesuatu keadaan yang berlaku bagi melepaskan tekanan yang dihadapi.
v Kegagalan pengendalian emosi.
Biasanya dihadapi oleh kanak-kanak yang mengalami masalah kecergasan melampau, serta tekanan jiwa. Mereka biasanya tidak dapat mengawal tekanan yang dihadapi dan mencari jalan untuk melepaskan tekanan mereka kepada orang lain dengan harapan tekanan itu akan hilang serta merta.
v Kekurangan penghayatan agama.
Tidak menerapkan nilai-nilai agama dan moral dalam diri. Bertindak tanpa panduan dan selalunya mencari perhatian umum kepada diri. Mereka melihat kesengsaraan yang dihadapi oleh mangsa sebagai satu keseronokan.
v Persekitaran.
Masyarakat sekeliling melihat perbuatan ini sebagai tidak salah dan tidak perlu dibimbangkan. Jika terlihat perbuatan ini dilakukan,mereka lebih senang untuk tidak campur tangan dan menganggap ia sebagai perbuatan biasa bagi remaja.

Oleh: Mohd Nazirul Ibrahim (203517) & Syahmi Syafiq Mawadin (203536)

KESAN



Kepada Mangsa.
·         Dari segi fizikal

§  Mengalami kecederaan kecil seperti luka – luka pada tubuh badan mangsa.

§  Juga boleh mengakibatkan kematian ke atas mangsa.

·         Dari segi mental

§  Mengalami trauma yang teruk akibat dari dibuli oleh pembuli.

§  Kurang kepercayaan terhadap orang lain.                   

§  Menghadapi kemurungan yang serius.

§  Menyebabkan tekanan perasaan dan sekaligus akan menyebabkan magsa tidak  dapat mengawal perasaan dan menjadi kurang siuman.

§  Penurunan prestasi akademik yang dialami oleh mangsa

Kepada Pembuli
Lebih menjurus kepada kesan dari segi mental. Hal ini berkait rapat dengan tingkah laku pembuli pada masa hadapan. Pembuli selalunya akan menimbulkan masalah dalam kalangan anggota masyarakat dengan menjadi samseng atau gengsterisme, terlibat dalam seks bebas dan jenayah seksual, pengaruh ajaran sesat seperti Black Metal serta penagih mahupun pembekal dadah,merokok,pemabuk dan lari dari rumah.

Oleh: Siti Amirah Zolkapli (198864) & Nurul Ain Nadhirah Basharludin (198905)

LANGKAH PENCEGAHAN BULI


1-IBU BAPA PERLU MENGETAHUI DAN MENGENAL PASTI ADAKAH ANAK MEREKA MENJADI MANGSA BULI.

Setengah anak-anak akan memberitahu ibu bapa sekiranya mereka dibuli tetapi terdapat juga anak-anak yang hanya memendam perasaan apabila mereka dibuli. Antara tanda-tanda yang menunjukkan anak-anak kita menjadi mangsa buli adalah takut berjalan ataupun pulang daripada sekolah ataupun langsung tidak mahu ke sekolah, meminta dihantar ke sekolah ataupun memohon supaya ibu bapa mengambil jalan lain daripada perjalanan biasa ke sekolah, mula menunjukkan penurunan pencapaian pembelajaran di sekolah, selalu pulang ke rumah dengan pakaian yang koyak rabak, ataupun sentiasa kehilangan barang-barang persendirian, sentiasa kekurangan wang saku, berubah sikap menjadi orang yang suka berdiam diri, gagap dan cuba membunuh diri, sentiasa menangis semasa tidur dan sering mengalami mimpi dan meracau, sering memberi pelbagai alasan psikomatik yang aneh seperti sentiasa sakit perut, pening kepala, letih pada waktu pagi terutama semasa ke sekolah, sentiasa memberi pelbagai alasan yang tidak berasas bagi mengelakkan diri ke sekolah dan sentiasa bersendirian dan tidak mempunyai kawan.

2-MENGADAKAN PROGRAM INTERVENSI DI DALAM BILIK DARJAH DAN INTERVENSI INDIVIDU

Program Pencegahan Buli, menilai tahap perlakuan buli dan tahap komitmen kakitangan sekolah, kenalpasti apa yang berlaku di sekolah, buat perancangan tindakan, penyediaan polisi antibuli, berbincang dengan pelajar ataupun kumpulan tentang apa yang dilakukan bagi membantu mereka baik mangsa buli ataupun pembuli, galakan tingkah laku yang dapat mendatangkan kesan positif pada tingkah laku interpersonal pelajar, mengadakan Program Langkah ke Arah Penghormatan dan Kemahiran Bersahabat , menggunakan kuasa kumpulan rakan sebaya, Program Intervensi Menggunakan Pendekatan Persekitaran Sekolah yang Selamat dan Aman (C.A.P.S.L.E), Program Intervensi dan Pencegahan Buli Di Sekolah Berasrama dan Program Intervensi Menggunakan Persekitaran Pembelajaran Virtual.

3-PENGENALAN SEMULA MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN (PSK) KEPADA PELAJAR SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

Matapelajaran PSK ini merupakan satu langkah ke arah membentuk keperibadian para remaja yang mulia dan juga berperanan memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap remaja. Melalui pengenalan semula matapelajaran ini, seseorang individu berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapinya tanpa unsur-unsur keganasan, memahami kepelbagaian agama, budaya serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara.



4-KOMUNIKASI DAN PERGAULAN ANTARA IBU BAPA, ADIK-BERADIK DAN RAKAN-RAKAN.

Ibu bapa khususnya perlu bijak dalam hal mendidik anak-anak agar tidak terjerumus dalam jenayah buli. “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” merupakan satu ungkapan yang perlu diambil iktibar oleh setiap ibu bapa dalam mengajar dan mengatur kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memberi pendidikan yang berkaitan hal agama sejak kecil supaya anak-anak menyedari perkara tersebut sama ada salah atau betul. Janganlah sampai nasi sudah menjadi bubur, barulah ibu bapa kelam kabut untuk mengambil tindakan yang sememangnya amat susah di terima oleh para remaja yang mempunyai pendirian yang tersendiri. Seterusnya ibu bapa tidak seharusnya bersikap lepas tangan dalam mendidik anak-anak disebabkan kesibukan bekerja dan melepaskan tanggungjawab kepada pembantu rumah. Jadi ibu bapa harus memberi perhatian yang secukupnya kepada anak-anak supaya mereka menganggap ibu bapa sering menjadi tempat berlindung dan tempat mengadu masalah.

5-MENGADAKAN KEMPEN-KEMPEN PENCEGAHAN JENAYAH BULI DI SETIAP SEKOLAH.

Pelbagai kempen yang diadakan mampu meningkatkan kesedaran dalam kalangan para remaja terutamanya peringkat sekolah rendah. Hal ini demikian kerana pelajar pada tahap ini kurang terdedah kepada kegiatan-kegiatan jenayah. Dengan ini, mereka akan berasa takut untuk melakukan jenayah buli setelah terlibat dalam kempen-kenpem kesedaran yang diadakan di sekolah. Antara kempen pencegahan jenayah buli yang sering diadakan di sekolah adalah seperti tayangan video, pameran berunsurkan aktiviti jenayah buli dan mewajibkan jemputan kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan mengenai kegiatan jenayah buli, kesan dan hukuman kepada pesalah. Oleh itu, kempen kesedaran sepatutnya diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran para remaja yang kebelakangan ini amat membimbangkan.

6-PENUBUHAN KELAB BERSIFAT ANTIJENAYAH SOSIAL DI SEKOLAH

Penubuhan kelab ini merupakan antara modus operandi untuk menangani masalah jenayah yang semakin berleluasa ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Kelab Pencegah Jenayah (KPJ) dan Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) merupakan antara kelab bersifat antijenayah yang ditubuhkan di sekolah. Kelab-kelab seperti ini bukan sahaja mendedahkan keburukan melakukan jenayah malahan menggalakkan pelajar untuk sentiasa melakukan perkara-perkara yang berunsurkan sifat mahmudah seperti tolong-menolong dan ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kegiatan jenayah buli yang berlaku dalam kalangan remaja didapati semakin merosot sejurus selepas penubuhan kelab-kalab bersifat antijenayah sosial di sekolah.



Oleh : Noor Izyani Zahari (199965)